Monday 2 November 2015

Tugasan 7- Naratif Perasaan : Putih




Teks : Ana Sarina Abu Bakar

Gambar : Ihsan Google


Degup jantung semakin kencang. Aku benar-benar rasa debarannya. Hari utama adalah hari yang paling dinantikan iaitu menunggu waktu wukuf. Aku sepertinya tidak mahu berganjak kemana-mana, hanya diam bertafakur, berdoa dan terus berdoa dengan harapan keampunan daripada DIA yang maha pengampun. Aku seolah-olah tidak mahu berpisah dengan masa kerana aku masih punya bicara buat DIA yang Maha mendengar dan DIA juga Maha menerima taubat hamba-Nya. Aku merintih tanpa peduli siapa di sekelilingku, yang aku tahu hanya pada dia tempat aku merayu. Merayu sebagai hamba yang berdosa, agar aku menjadi hamba yang bersih pada hati dan putih di jiwa.





No comments:

Post a Comment