Monday 2 November 2015

Tugasan 7 : Naratif Dialog : Rempuh



Teks : Ana Sarina Abu Bakar
Gambar : Ihsan Google



Tragedi rempuhan yang berlaku di Mina, benar-benar memberi kejutan kepada umat islam seluruh dunia. Pekara itu berlaku apabila adanya sikap tidak sabar dan gopoh dikalangan jemaah haji dan akhirnya halangan pihak berkuasa mereka rempuh. Itu sekadar penyebab pada yang tersurat namun yang tersiratnya hanya Allah Maha mengetahui. Setiap kejadian punya hikmah yang telah dijanjikan oleh-Nya. Semua Jenazah dikebumikan dengan dikapankan kain ihram yang di pakai oleh mereka. Semoga segala amal meraka di terima oleh-Nya. 

 "Ya Allah, semoga engkau mencucuri rahmat dan tempatkan roh-roh mereka dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang bertakwa, Aamiin." Al-Fatihah.




Tugasan 7- Naratif Perasaan : Putih




Teks : Ana Sarina Abu Bakar

Gambar : Ihsan Google


Degup jantung semakin kencang. Aku benar-benar rasa debarannya. Hari utama adalah hari yang paling dinantikan iaitu menunggu waktu wukuf. Aku sepertinya tidak mahu berganjak kemana-mana, hanya diam bertafakur, berdoa dan terus berdoa dengan harapan keampunan daripada DIA yang maha pengampun. Aku seolah-olah tidak mahu berpisah dengan masa kerana aku masih punya bicara buat DIA yang Maha mendengar dan DIA juga Maha menerima taubat hamba-Nya. Aku merintih tanpa peduli siapa di sekelilingku, yang aku tahu hanya pada dia tempat aku merayu. Merayu sebagai hamba yang berdosa, agar aku menjadi hamba yang bersih pada hati dan putih di jiwa.