Saturday 10 October 2015

Tugasan 6 : No 3 ( sudut pandangan orang kedua - abah)










Teks Ana Sarina Abu Bakar


Gambar : Google


Video : Youtube



Dengan dua belah tapak tangan ini kau membesarkan anak hasil perkongsian hidup kau dan isteri. Memberi kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh. Kau lakukan apa sahaja demi kebahagiaan anak kandungmu itu. Sakit peningnya kau rawat sendiri. Keletahnya kau layankan. kau berkerja keras hanya untuk melihat anak kau gembira. Kau lakukan tanpa mengharapkan balasan. Cukuplah jiwa terisi dengan kasih sayang dan itu sudah membuatkan kau bersyukur kepada Tuhan.



Kau mungkin terlupa, anakmu kian meningkat remaja. Ego semakin menjadi, sehingga dia juga terlupa manusia yang banyak berkorban masa dan rasa itu adalah kau iaitu bapanya. Kau semakin kehilangan, jasad sebumbung namun sudah tidak lagi berkongsi hati. Bicara kau dan dia kian sepi. Kasih yang terlihat hanya sekadar tingkah. Kau dan dia hanya kebisuan meyimpan kalimah terpendam.



Kau sudah mencuba sedaya mampumu. Berusaha untuk merapatkan jurang di antara kau dan dia. Kau bawa anakmu ke tempat di mana kenangan tercipta. Namun rupa-rupanya teknologi yang menjarakkan ikatan bapa dan anak. Kau akur dengan kemajuan yang merampas kasih sayang antara kau dan dia.



Kau perlu mencari jalan, Membuka mata anak yang tidak pandai mengenang jasa. Anak yang tak tahu menghargai kasih seorang bapa. Luahkan kata-katamu, agar suatu saat nanti anakmu akan mengerti. Betapa sukar menyuarakan rasa. Betapa payah mengukir bahagia dan betapa peritnya jiwa tika merindu dan dia perlu tahu tentang semua itu.



No comments:

Post a Comment